Tuesday, November 27, 2012

Kosong

Assalamualaikum semua,

   Persoalan adakah aku terlalu baik atau terlalu bodoh sering dibangkitkan oleh aku sendiri bila mandi. Selalu aku cuba berfikir secara positif dan dengan rasionalnya apa yang akan jadi bila aku buat macamni dan apa akibatnya bila aku cakap macamni. Ada benda yang kekadang aku menyesal juga bila dah buat keputusannya. Aku terfikir juga mereka ni tak ada perasaan ke? Aku manusia juga. Even haiwan pun tahu defend diri beliau bila diancam. Aku yang mungkin bukan kena serang pun ni tapi cuma terkena.. adelah takde nak defend apapepun. Masih tidak kesedaran ke mereka? Hmp. Betul aku still belajar lagi dan inilah masa untuk aku buat silap. Perjalanan aku jauh lagi. Hmph sini jelah aku malas nak taip lagi. Aku nak siapkan hw mathmode. Hahaha. Tahi. Malam dunia. Assalamualaikum

Tuesday, November 20, 2012

Masa

Assalamualaikum dunia,
 
     Pejam celik pejam celik, alhamdulillah aku dah hidup selama 16 tahun 3 hari 1 jam 32 minit. Macam macam dah benda dan orang yang aku jumpa. Tapi aku belum cukup banyak makan garam dan gula lagi untuk jadi seorang yang bebetul dewasa. Macam dalam buku Pengajian Keusahawanan yang mana merupakan subjek kegemaran kami pelajar-pelajar perdagangan di TJTI, kesusahawanan mengajar usahawan supaya bersabar. Ia membangunkan ciri positif dalam diri usahawan. Aku tak pasti samada aku bersabar atau tidak tika lalui uijan Allah swt. Dan adakah ciri positif yang terbangun dalam diri aku ni?

9 Januari 2012

   Titik mula kehidupan baru aku yang aku tak expect apape pun. Sebab, niat aku ke TJTI sebenarnya cuma nak mengelak dari ditinggalkan. Aku tahu, kalau aku stay Sg Pusu, ada yang tinggalkan aku. Maka aku lebih suka meninggalkan daripada ditinggalkan. Aku datang ke TJTI memula sekali, semua ingat aku nerd. Hahaha. Bila dah ngam semua macam gila

   Suka aku nyatakan disini bahawasanya aku senang bergaul dengan rakan sebaya. Tapi tidak dengan orang tua. Haha tahi. Boleh tahan ramai la jugak yang aku kenal. Tapi semuanya ber-binti. Bukan bin. Penat nak cerita semua yang jadi selama setahun aku dekat TJTI. Kesimpulannya, aku taktahu apa perasaan aku sekarang. Kekadang bila aku imbas zaman muda muda dekat Sg Pusu, aku rasa nak lari lelaju sampai Gombak tercinta dan masuk Sg Pusu semula. Tapi, takkan la aku nak give up macam tu je. Runsing.

   Oh ada lagi satu benda aku suka nak nyatakan bahawa aku akan menduduki SPM tahun depan. Aku faham kenapa 2012 aku berakhir dalam keadaan selesa. Aku faham. Hm baiklah aku berhenti. Malam semua