Thursday, August 15, 2013

Dependencies

   Sekiranya anda bersikap terlalu bergantung kepada sahabat, ia mampu memberi kesan buruk kepada diri sendiri. Jika anda selalu menunggu sahabat untuk memulakan sesuatu perkara yang ingin anda lakukan, anda perlu berhati-hati. Situasi sedemikian menunjukkan bahawa anda adalah tergolong dalam kelompok individu yang terlalu bergantung kepada sahabat. Sikap terlalu bergantung ini telah mewujudkan satu hubungan sosial yang tidak sihat seperti makanan segera.

   Menurut Steven Childers Ph.D dari Bowman Gray School of Medicine, apa yang dimaksudkan dengan sikap terlalu bergantung ini ialah anda merasakan seolah-olah telah memperolehi kesenangan dan sukar untuk dilepaskan. Akhirnya, tanpa disedari anda telah meletakkan sahabat anda itu sebagai individu yang paling penting dalam hidup anda. Namun, segala-galanya akan berubah sekiranya anda tidak mampu merealisasikan matlamat persahabatan yang telah anda gariskan dalam hubungan tersebut.

   Anda harus menerima hakikat bahawa ada ketikanya sahabat tidak dapat mendampingi anda. Jadi, bermula dari sekarang, anda harus belajar berdiri di atas kaki sendiri. Pada hakikatnya, setiap insan di dunia ini memerlukan sekurang-kurangnya seorang teman untuk meneruskan perjalanan hidupnya. Tetapi ada kalanya anda perlu melakukan sesuatu perkara sendiri agar tidak akan berasa kesepian selepas ditinggalkan oleh sahabat.

   Pada peringkat awal, anda pasti akan merasa agak janggal. Namun setelah sudah biasa, semuanya pasti akan berjalan lancar. Semakin kerap anda berinteraksi dengan diri sendiri, semakin mudah bagi anda meneruskan perjalanan hidup tanpa dibantu oleh orang lain. Tapi jangan pula anda terus mengabaikan hubungan tersebut. Sesekali ajaklah sahabat anda itu untuk bertemu untuk berboling haha