Monday, December 16, 2013

Ways

Jadi harini aku berhenti buat cookies. Aku keluar dengan ibu. Ibu kata, bila kita nak moves forward kita kena tinggalkan past kita dekat belakang. Buang semua. Jadi sejak aku tinggalkan V-soy, kasut tali, 7e, silat, Sg Pusu dan Gombak. I am not so sure yang aku dah moves forward ke belum. Atau makin kebelakang. Atau masih ditempat yang sama



. . .

Taktahulah. Aku dekat rumah belakang

Tuesday, December 10, 2013

Flee

Assalamualaikum dunia,

Aku taknak rap dekat sini sebab aku bukan kurap. Aku cuma nak habaq apa yang jadi dua bulan aku tak mai sini. Biasala dah dewasa memang begini. Biziey. Oh satu bulan aku spm. Alhamdulillah dah tamat. Jadi macam ni rupanya dua kosong satu tiga aku berakhir. Better than last year. Dan ye untuk souleightions, hm tak sangka pula ends up begini. Sokay, ada hikmahnya dunia. Throughout my two years in Tuanku Jaafar Technical Institute, macam macam yang aku dapat kumpul dan simpan. Life dekat asrama tidak semudah yang aku sangka. But alhamdulillah aku dah pun berjaya lalu semua tu. Tak sangka rupanya, masa dekat asrama, dormate tu la family. Jaga semua orang. Well, actually jaga hati semua orang. Aku terkepit sempit sakit. Farah Mazli terima kasih untuk dua tahun. Eh bukan, untuk semuanya dan selamanya. Untuk, kejut aku mandi, teman mandi, gosok gigi, iron baju, laundry, pegi sekolah, rehat, solat zohor, lunch, prep, tidur, bangun bila aku kejut pukul dua tiga pagi nak buang air, kiosk, makan dan jadi Fawa. Makasih bukkkk










Thursday, August 15, 2013

Dependencies

   Sekiranya anda bersikap terlalu bergantung kepada sahabat, ia mampu memberi kesan buruk kepada diri sendiri. Jika anda selalu menunggu sahabat untuk memulakan sesuatu perkara yang ingin anda lakukan, anda perlu berhati-hati. Situasi sedemikian menunjukkan bahawa anda adalah tergolong dalam kelompok individu yang terlalu bergantung kepada sahabat. Sikap terlalu bergantung ini telah mewujudkan satu hubungan sosial yang tidak sihat seperti makanan segera.

   Menurut Steven Childers Ph.D dari Bowman Gray School of Medicine, apa yang dimaksudkan dengan sikap terlalu bergantung ini ialah anda merasakan seolah-olah telah memperolehi kesenangan dan sukar untuk dilepaskan. Akhirnya, tanpa disedari anda telah meletakkan sahabat anda itu sebagai individu yang paling penting dalam hidup anda. Namun, segala-galanya akan berubah sekiranya anda tidak mampu merealisasikan matlamat persahabatan yang telah anda gariskan dalam hubungan tersebut.

   Anda harus menerima hakikat bahawa ada ketikanya sahabat tidak dapat mendampingi anda. Jadi, bermula dari sekarang, anda harus belajar berdiri di atas kaki sendiri. Pada hakikatnya, setiap insan di dunia ini memerlukan sekurang-kurangnya seorang teman untuk meneruskan perjalanan hidupnya. Tetapi ada kalanya anda perlu melakukan sesuatu perkara sendiri agar tidak akan berasa kesepian selepas ditinggalkan oleh sahabat.

   Pada peringkat awal, anda pasti akan merasa agak janggal. Namun setelah sudah biasa, semuanya pasti akan berjalan lancar. Semakin kerap anda berinteraksi dengan diri sendiri, semakin mudah bagi anda meneruskan perjalanan hidup tanpa dibantu oleh orang lain. Tapi jangan pula anda terus mengabaikan hubungan tersebut. Sesekali ajaklah sahabat anda itu untuk bertemu untuk berboling haha


Sunday, March 24, 2013

Hajah Mariam


Innalillahi wainna ilaihirajiun, Dengan dukacitanya dimaklumkan yang Atok Mariam telah meninggalkan kita semua untuk berjumpa dgn pencipta Allah maha Pengasih dan Penyayang pada jam 11:15 mlm @ 18 march 2013. Sama2 lah kita berdoa semuga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh. Urusan jenazah akan dilakukan di surau al amin bdr tun hussein onn jam 8:00 pagi dan akan dikebumikan di perkuboran Sg Sekamat. Harap maklumkan kepada saudara mara yg lain. 


"Surely we belong to God and to Him shall we return"





Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Atok Mariam dan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman Aminn

Saturday, February 16, 2013

Bkg

Assalamualaikum dunia!

    Oh aku nak cerita betapa melankoliknya aku rasa masa balik cuti jumaat lepas. Siriesli. Aku plan nak balik naik train sebab aku balik sorang je. Gerak petang pula tu. Makanya aku takut nak naik bas sensorang. Kalau naik train mcm selamat sikit.. kot. Tapi bila sampai dekat ktm seremban, humangaih bukan main panjang laei barisan macam nak buat perarakan hari merdeka pun ada juga (nampak sangat gebang aku ni). Tapi memang betul lah ramai gila orang masatu. Runsing aku masatu. Ayah Fawa dah jalan. Hm aku pun mengambil inisiatif sendiri jalan ke terminal one guna terowong jepun bawah tanah. Alhamdulillah itu hari balik sedunia. Jadi takdelah aku jalan keseorangan. Ada orang ramai la juga yg guna laluan tu. Pak polisi pun ada main phone lepastu tahan bangla. Hahaha. So aku sampai dengan selamatnya di terminal one dan hampir ketinggalan bas. Tepat je aku sampai dekat bas tu, Bas tu dah nak gerak. Dan yay mungkin ini perkembangan cerita aku. Lakili, dalam bas aku jumpa Ayienn. Bersyukur sangat, sebab aku takut betul nak naik bas sensorang dkt situ. Fuhh 30 minit pertama, kami masih lagi dalam seremban. Gilaaaaaa! 30 minit pertama tu sepatutnya dah sampai setengah jalan ke kl. Masatu 5 petang macamtu kot. Dan masih dalam seremban. Kereta terbakar depan muzium pun ada. Kesian driver bas ni. Dipendekkan cerita, aku selamat sampai dekat pudu dalam pukul 7.30 macamtu kot. Terus cari toilet. Kau bayangkan betapa lamanya duduk dalam bas sejuk gila? Oh kebiasaannya Seremban-KL 1 jam je naik bas. Ini nak dekat 2 jam lebih duduk dalam tu memang gila betul. Oh yang tadi tu klimaks mungkin. Lepas melepaskan segalanya yang terpendam di tempat pembuangan. Aku dan Ayien berpecah. Ayien jalan kaki ke ktm kl, aku ke masjid jamek dan tukar haluan ke gombak. Series sedih, aku sorang je pakai baju batik dalam lrt (apa yang aku rasa la) hm kecoh. Yang lain semuanya kemungkinan dr ipta/ipts mana mana. Rasa macam keciknya aku ni walaupun hakikatnya tak. Dan oh aku masih bersimpati dengan sorang abang ni yang kena tahan bau. Sebab muka dia bebetul menghadap ketiak sorang minah salleh ni. Tulah bro, sape suruh pendek. Hahaha. Baiklah panjang betul dahni macam ada orang baca pule. Sampai taman melati aku ambik teksi ke rumah. Aku sampai rumah dalam pukul 8 setengah macamtu. Rasa macam sebak masa bagi salam nak masuk rumah tu. Tapi aku tahan hahaha. Aku salam Ummi dan terus ke toilet basuh muka dan kaki (adela dua tiga titik airmata yg jatuh, mungkin sebab terharu dah sampai rumah haha tahi) Solat maghrib dan qada' asar. Hm sedihnyaaaa. Ayien lagila aku taktau dia sampai rumah pukul berape. Baiklah nota pku tak ter-nak-usik lagi ni. Assalamualaikum

Sunday, January 13, 2013

Towhittowhooo

Assalamualaikum,
Oh semalam aku dimasukkan ke hospital sebab buasir. Serius buasir. Hm biarlah gambar gambar ini yang bercakap







Walaupun di hospital. Cikgu Zabedah tak dapat aku lupa dan sisihkan walau sesaat dalam kehidupan sehari harian aku. Sakit atau tidak

Doakan aku jadi mathematician satu hari nanti




Hahaha gila aku cuma melawat atok aku je. Baju tu cuma gimik. Alhamdulillah atok aku keluar semalam

Cool kan atok Mariam? Eh maksud aku, comel kan? Macam aku. Hm