Saturday, February 16, 2013

Bkg

Assalamualaikum dunia!

    Oh aku nak cerita betapa melankoliknya aku rasa masa balik cuti jumaat lepas. Siriesli. Aku plan nak balik naik train sebab aku balik sorang je. Gerak petang pula tu. Makanya aku takut nak naik bas sensorang. Kalau naik train mcm selamat sikit.. kot. Tapi bila sampai dekat ktm seremban, humangaih bukan main panjang laei barisan macam nak buat perarakan hari merdeka pun ada juga (nampak sangat gebang aku ni). Tapi memang betul lah ramai gila orang masatu. Runsing aku masatu. Ayah Fawa dah jalan. Hm aku pun mengambil inisiatif sendiri jalan ke terminal one guna terowong jepun bawah tanah. Alhamdulillah itu hari balik sedunia. Jadi takdelah aku jalan keseorangan. Ada orang ramai la juga yg guna laluan tu. Pak polisi pun ada main phone lepastu tahan bangla. Hahaha. So aku sampai dengan selamatnya di terminal one dan hampir ketinggalan bas. Tepat je aku sampai dekat bas tu, Bas tu dah nak gerak. Dan yay mungkin ini perkembangan cerita aku. Lakili, dalam bas aku jumpa Ayienn. Bersyukur sangat, sebab aku takut betul nak naik bas sensorang dkt situ. Fuhh 30 minit pertama, kami masih lagi dalam seremban. Gilaaaaaa! 30 minit pertama tu sepatutnya dah sampai setengah jalan ke kl. Masatu 5 petang macamtu kot. Dan masih dalam seremban. Kereta terbakar depan muzium pun ada. Kesian driver bas ni. Dipendekkan cerita, aku selamat sampai dekat pudu dalam pukul 7.30 macamtu kot. Terus cari toilet. Kau bayangkan betapa lamanya duduk dalam bas sejuk gila? Oh kebiasaannya Seremban-KL 1 jam je naik bas. Ini nak dekat 2 jam lebih duduk dalam tu memang gila betul. Oh yang tadi tu klimaks mungkin. Lepas melepaskan segalanya yang terpendam di tempat pembuangan. Aku dan Ayien berpecah. Ayien jalan kaki ke ktm kl, aku ke masjid jamek dan tukar haluan ke gombak. Series sedih, aku sorang je pakai baju batik dalam lrt (apa yang aku rasa la) hm kecoh. Yang lain semuanya kemungkinan dr ipta/ipts mana mana. Rasa macam keciknya aku ni walaupun hakikatnya tak. Dan oh aku masih bersimpati dengan sorang abang ni yang kena tahan bau. Sebab muka dia bebetul menghadap ketiak sorang minah salleh ni. Tulah bro, sape suruh pendek. Hahaha. Baiklah panjang betul dahni macam ada orang baca pule. Sampai taman melati aku ambik teksi ke rumah. Aku sampai rumah dalam pukul 8 setengah macamtu. Rasa macam sebak masa bagi salam nak masuk rumah tu. Tapi aku tahan hahaha. Aku salam Ummi dan terus ke toilet basuh muka dan kaki (adela dua tiga titik airmata yg jatuh, mungkin sebab terharu dah sampai rumah haha tahi) Solat maghrib dan qada' asar. Hm sedihnyaaaa. Ayien lagila aku taktau dia sampai rumah pukul berape. Baiklah nota pku tak ter-nak-usik lagi ni. Assalamualaikum